Selasa, 30 Jun 2009

Hiburan:Gambar Jacko 48 jam sebelum meninggal dunia


JACKO memakai topi ketika membuat latihan.


LOS ANGELES - Beberapa gambar Raja Pop, Michael Jackson yang beraksi di pentas kurang 48 jam sebelum kematiannya disiarkan oleh media semalam.

Gambar itu menunjukkan penyanyi tersohor yang terkenal dengan lagu Beat It itu berlatih untuk membuat konsert jelajah yang dijadualkan berlangsung di Arena O2 di London pada 13 Julai ini.

Namun, Michael yang mesra dengan panggilan Jacko meninggal dunia di rumah yang disewanya di Los Angeles pada Khamis lalu pada usia 50 tahun.

Gambar berkenaan dirakamkan pada 23 Jun lalu di Staples Centre di Los Angeles.

Dalam satu foto, Micheal tersenyum lebar sambil memegang mikrofon.


JACKO memegang mikrofon ketika berlatih.


Lebih 800,000 tiket yang berharga sehingga £1,000 (RM5,810) sekeping dijual untuk konsert yang dianggap termahal dan tercanggih pernah dianjurkan.

Beratus-ratus peminat yang membeli tiket itu diberitahu mereka akan memperoleh semula wang.

Beberapa imej latihan terakhir Micheal sudah dikumpulkan untuk dimuatkan dalam sebuah cakera video digital (DVD) serta sebuah album terakhirnya.

Ia bakal menjadi karya seni terbesar Michael. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan