Selasa, 30 Jun 2009

Utusan malaysia:25 jun 09

Acer lancar gajet terkini


Kemasan mewah pastinya satu daya penarik keluaran Acer ini.


PENGELUAR komputer ketiga terbesar dunia, Smart Handheld Business Group of Acer Inc. melancarkan satu rangkaian telefon pintar terkini selepas dilancarkan di Barcelona, Sepanyol awal tahun ini.

Gajet berkenaan telah berada di pasaran dan boleh di dapati di wakil penjual Acer iaitu Ace Mobile Group Sdn. Bhd.

Gajet berkenaan mewakili arah strategik Acer untuk menceburkan diri dalam pasaran mobiliti dengan penyelesaian Internet Mudah Alih mencapai 20 juta pengguna bagi lebih 100 buah negara.

Direka khusus bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi gajet yang semakin canggih dan ini merupakan isyarat bagi Acer.

Disasar bagi ahli perniagaan dan penggemar teknologi, Acer Smart Handheld direka khusus bagi memberikan keselesaan bagi kegunaan peribadi dan profesional.

Naib Presiden Smart Handheld Business Group APAC Acer Inc., Roger Yuen berkata, Acer menduduki pasaran teratas bagi netbook dan tempat kedua bagi komputer riba menjadikan Acer pemain penting dalam segmen mudah alih.

"Pelancaran ini merupakan langkah awal bagi Smart Handheld Business Group bagi pasaran Asia Tenggara dan berusaha untuk menjadi salah satu syarikat yang bergerak maju dalam pasaran mudah alih," katanya semasa majlis pelancaran Acer Smart Handhelds di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu Pengarah Eksekutif Ace Mobile Group Sdn Bhd, CK Yong berkata, pihaknya amat teruja dengan hubungan strategik yang telah lama terjalin antara pihaknya dengan Acer bagi memasarkan produk Smart Handhelds Business Group di negara ini.

"Ini hanya satu permulaan dan banyak lagi produk yang menarik dan canggih akan dilancarkan selepas ini," katanya.

Model ACER DX900 dengan harga RM1,999 menawarkan fungsi dua kad SIM bagi membenarkan pengguna yang mahukan perbezaan antara peribadi dan perniagaan.

Manakala ACER DX650 dengan harga RM1,599 memberikan dua rekaan antara muka bagi keselesaan pengguna yang mahukan kedua-dua skrin sentuh dan papan kekunci yang mudah untuk dikendalikan.

Bagi memenuhi permintaan pengguna yang mahukan pelbagai kecanggihan tanpa membawa pelbagai gajet, mereka boleh memilih ACER X960 yang berharga RM1,899 yang kecil dan kompak bagi pelbagai kegunaan.

Dua model lain ACER F900 dan ACER M900 dibangunkan bagi mereka yang gemar melayari Internet di mana saja mereka berada.

Model F900 direka dengan papan kekunci mudah guna dan boleh memaparkan lebih maklumat di skrin bagi menawarkan pengalaman melayari Internet lebih mudah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan