Ahad, 19 Julai 2009

something

salam again...hehehe
i forgot to tell that my room was on b1212...my roomate was ron,man and pijul ...man got dpp cos,ron dbs and me and pjul share the same cos dpa...............wht else ah...emmm..i will upload bthe pix later..okayyy

busy

waa...its been 3 weeks im on campus..huhuhu..its really crazy ah..
theres a lot of hmewtk and assignment..but its my job la kn as a student....now im at home,tommorow morning i will go back to the hostel..huuhhu
okay la..daa

Khamis, 2 Julai 2009

salam semua

huhuhu..em,esok mau daftr......................nervous da blik..haahha..anduu..enth cm mn la nii,,blik2 sal daftr..hohohoh...emm..sempat lg oh mo on9..heheeh,lps ni sbuk btl..yala stdnt bh..fhm3 ah..emm,sya main lg game d fb..hohoho..mo tdr jg bh,,tp..nti mn dpat on9 cm ni..huuhuh...emm besok jmpa la kwn2 yg lain..waaa..
good nite ya...

Rabu, 1 Julai 2009

pasar besar tawau(tanjung)


di sini la kami membeli amplang aka keropok ikan yg bulat2..ahehe




ada mcm2 jg yg kena jual ni di sni...



huhuhu..mcm mo bli ja smua...hahaha,ada tu syur fresh..mcm mo bli ja..ahaha




tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!


andu gia... tu pkcik..maaf ah..hehehe



me and my friend



p/s:ni la 3 boys..hahaha ..tym mo breakfst



time2 mo hbs da ni di uitm tawau..huuhuhhu...













ememememme-------------

hohoho..mkin byk da berita sy post..nti sy try cr pa2 lg berita yg sesuai ya,,okkk
ntikan sy bh,,,lps ni jrng da mo update..sibk mo belajar..hahaha..ok..bh mcm mo ujan ja

7 pelajar aktif pecah rumah waktu belajar

PASIR PUTEH 1 Julai - Tujuh pelajar yang berusia antara 14 hingga 16 tahun ini sepatutnya menghabiskan masa mereka menuntut ilmu di sekolah.
Namun, mereka tidak berbuat demikian sebaliknya menggunakan waktu belajar untuk bergiat aktif memecah rumah di siang hari.
Lebih malang, ada pihak yang sanggup menjadi pembeli hasil barangan curi pelajar-pelajar tersebut.
Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar apabila empat daripada tujuh pelajar bersama tiga wanita ditahan kerana membeli barang kemas yang dicuri di Padang Amat, dekat sini, kira-kira pukul 10 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, polis sebelum itu, menahan tiga daripada pelajar terbabit di salah sebuah sekolah di bandar ini, kelmarin hasil maklumat awam.
Beliau berkata, pihaknya turut menemui sebuah telefon bimbit dan sejumlah wang tunai dipercayai hasil kegiatan pecah rumah.
"Ekoran daripada itu, polis menahan empat lagi rakan mereka dan tiga wanita kerana terlibat membeli barang kemas curi.
"Polis juga menemui semula sebahagian barangan kemas yang dicuri itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Kamal berkata, pihaknya juga telah menemui sebuah komputer riba daripada salah seorang mereka.
Katanya, siasatan mendapati kesemua pelajar terlibat melakukan kegiatan pecah rumah pada siang hari.
"Kami tidak menolak kemungkinan pelajar-pelajar itu turut ponteng sekolah. Kami percaya dengan tertangkapnya mereka, polis dapat selesaikan beberapa kes pecah rumah di siang hari," ujar beliau.
Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana ceroboh rumah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun atau denda atau sebatan.

Ibu muda nekad bunuh diri bersama 3 anak

TAMPIN 1 Julai - Hanya berpunca daripada perbalahan dengan suami, seorang ibu muda berusia 26 tahun bertindak nekad menelan beberapa biji pil penenang milik ibunya sebagai jalan penyelesaian untuk membunuh diri.
Tidak cukup dengan itu, wanita terbabit turut memaksa tiga orang anaknya menelan pil yang sama, menyebabkan kesemua mereka terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban, hari ini.
Wanita itu, kini dilaporkan stabil bersama anak-anaknya yang berusia sembilan bulan, 5 tahun dan 6 tahun.
Suami wanita itu yang berusia 32 tahun ketika ditemui di HTJ berkata, dia ada bertengkar dengan isterinya malam tadi kerana masalah keluarga.
"Saya meninggalkan rumah di Taman Indah Baru dan bermalam di rumah ibu di kawasan perumahan yang sama. Tidak pernah langsung terlintas dalam diri saya isteri saya akan melakukan perkara ini," katanya.
Menurut lelaki itu, isterinya sebelum ini pernah cuba membunuh diri beberapa tahun lalu juga berkaitan masalah keluarga.
Dalam pada itu, dia berkata, kejadian itu disedari ibu mertuanya yang ternampak salah seorang cucunya tidak sedarkan diri dalam keadaan mulut berbuih kira-kira pukul 8.30 pagi ini.
Ketika itu, dia sedang berjalan ke dalam bilik cucunya selepas gagal menemui pil penenang bagi rawatan psikiatrik yang perlu dimakannya setiap hari.
"Dia kemudian masuk ke bilik isteri saya dan mendapati mulut anaknya berbuih. Apabila dia gagal mengejutkan isteri saya, dia terus meminta bantuan jiran untuk menghubungi saya," kata suami wanita itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Zull Aznam Haron mengesahkan kejadian itu dan polis akan merekodkan kenyataan daripada suami dan ibu kepada wanita terbabit.

Felda perlu jadi syarikat multinasional

Oleh HATA WAHARI dan HERMAN HAMIDpengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan sekarang adalah masanya untuk Felda menjadi sebuah syarikat multinasional (MNC) dalam bidang pertanian multi-crop di peringkat antarabangsa.
Perdana Menteri berkata, pelancaran Felda Global Ventures Holding (Felda Global) merupakan langkah berani agensi itu bagi menempuh cabaran global dan menjadi pemain utama dalam perniagaan berasaskan pertanian multi-crop dalam usaha menjadikan Felda sebuah MNC.
‘‘Misi utama Felda Global ialah untuk membangunkan kekuatan dalam empat bidang perniagaan iaitu pertanian, minyak dan lemak, oleochemical serta logistik di peringkat antarabangsa,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Felda Global yang menandakan bermulanya perjalanan Felda untuk mengembangkan aktiviti di luar negara dengan menetapkan pelaburan bernilai RM6 bilion dalam tempoh lima tahun di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan, Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor dan Presiden Kumpulan Felda Global, Datuk Mohd. Bake Salleh.
Najib berkata, wawasan beliau bagi syarikat tersebut ialah agar menjadi sebuah institusi yang mempunyai modal insan yang berkepakaran, membudayakan kejayaan berprestasi tinggi dan berpegang kepada standard yang tinggi dalam nilai-nilai utama.
Ujar beliau, ahli lembaga pengarah dan pengurusan Felda Global mempunyai tanggungjawab yang mencabar bagi menukar Felda menjadi MNC bertaraf dunia serta dihormati dalam bidang pertanian multi-crop.
‘‘Dengan adanya syarikat baru ini yang merupakan sayap komersial, Felda akan lebih jelas dalam arah yang dituju serta tanggungjawab perlu dilaksanakan bagi mencapai wawasan kerajaan bagi tempoh 50 tahun akan datang.
‘‘Struktur baru ini akan membolehkan Felda melaksanakan polisi pentadbiran dengan lebih cekap dan berwibawa bagi pelaburan komersial berdasarkan kepada tadbir urus antarabangsa serta lebih jelas dalam menterjemahkan peranan serta tanggungjawab yang dipikul,” katanya.
Najib memberitahu, pengasas Felda dulu yang berani mengharung banjir, cuaca yang tidak menentu, berhadapan dengan keadaan yang merbahaya serta kawasan muka bumi yang sukar bagi meletakkan Felda dalam kedudukan yang dihormati sekarang.
Sehubungan itu, katanya, pengurusan Felda Global juga perlu tabah menempuh pelbagai cabaran yang akan dihadapi dalam usaha mencapai misi yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.
‘‘Kita sekarang tinggal di dalam dunia tanpa sempadan yang mana ‘padang permainan’ telah diratakan dengan sekatan perdagangan telah dihapuskan yang menyaksikan syarikat-syarikat Malaysia telah berusaha untuk melabur di luar negara.
‘‘Syarikat-syarikat ini tahu bahawa risiko yang dihadapi adalah tinggi dan keuntungan hanya bagi tempoh jangka pendek serta sederhana tetapi menyedari, untuk berjaya, mereka perlu mengerakkan inovasi dan mengadakan kerjasama yang betul bagi bersaing dalam keadaan sekarang,’’ katanya.
Najib memberitahu, Felda Global juga perlu melaksanakan perkara tersebut, jika tidak syarikat ini hanya akan beroperasi di negara sendiri dan paling buruk akan mendapati produk yang ditawarkan tidak lagi sesuai berikutan persaingan yang sengit.

Amnesty tuduh Israel penjenayah perang di Gaza

02/07/2009 9:27am

JERUSALEM 2 Julai - Tentera Israel telah membunuh beratus-ratus orang awam Palestin dan memusnahkan beribu-ribu kediaman di semenanjung Gaza dalam serangan yang dikira sebagai jenayah perang, dakwa Amnesty International hari ini, iaitu kumpulan hak asasi manusia pertama yang melaporkan keadaan perang di Gaza baru-baru ini.
Amnesty mendesak Israel supaya mengisytiharkan jaminan tidak akan membedil, menggunakan fosforus putih dan lain-lain senjata tidak sesuai dalam usaha memperluaskan wilayah penduduknya dan pada masa yang sama menggesa Hamas menghentikan serangan roket ke atas penduduk awam Israel.
Kumpulan hak asasi itu -- yang pertama kali melabelkan Israel sebagai penjenayah perang sejurus selepas serangan tamat pada 18 Januari -- berkata, apa yang menjadi persoalan ialah kenapa senjata berkuasa tinggi seperti kereta kebal dan serangan udara digunakan yang telah mengorbankan ramai kanak-kanak dan orang awam lain. - AP

Woman who died during childbirth a UTM dropout

JOHOR BARU: The woman who was found dead with her newborn baby at a Universiti Teknologi Malay­­­­sia (UTM) dormitory was a dropout renting a room there.
She had failed the first semester of her fourth year last November, UTM corporate affairs department assistant registrar (media and external relations) Sabri Ahmad said.
“She had been renting a room at the dorm since May 11,” he said, adding that outsiders were allowed to rent rooms at the university on a case-by-case basis.
On Monday, the unmarried woman was found dead after she had given birth to a baby boy. The infant, whose umbilical cord was still attached to his mother, was also lifeless. The bodies were discovered by a warden.
State Higher Education Committee chairman Datuk Maulizan Bujang described the incident as unfortunate and said police were investigating.
Johor Baru (North) OCPD Asst Comm Ruslan Hassan said police were trying to trace the father. He said the woman died of excessive blood loss during childbirth.
ACP Ruslan urged anyone with information to call the police hotline at 07-2212999 or the nearest police station.

Influenza A (H1N1) FAQ

What is the A (H1N1) influenza?
It is a respiratory disease of pigs caused by type A strains of the influenza virus. It regularly causes high flu outbreaks in pigs but with low death rates. There are four main sub-types of the virus, but the most recent isolated influenza viruses from pigs have been H1N1 viruses.

How does it spread?
Influenza A (H1N1) viruses do not typically infect humans though they do occur through close proximity or contact with infected pigs or contaminated areas. Cases of human-to-human spread have been documentery.

What are the symptoms?
The symptoms are similar to those of regular flu:- Fever- Lethargy- Runny nose- Cough- Sore throat- Lack of appetite- Vomiting and diarrhoea in some cases.
How common is the A (H1N1) flu infection in humans?
In the past reports of about one human A(H1N1) flu virus infection had been received every one to two years in the United States. From December 2005 till February 2009, 12 cases have been reported.

Has this strain of flu been seen before?
No. Flu mutates constantly, so it is common for new strains to emerge. Pigs can also be infected with both human and avian influenza, and the current circulating A (H1N1) flu strain appears to contain genetic elements from all three.

Can the A (H1N1) flu be treated with antiviral drugs and flu vaccine?
The A (H1N1) flu is resistant to two common drugs – Amantadine and Rimantadine. The A (H1N1) flu viruses are very different from human H1N1 viruses. Therefore, vaccines for human seasonal flu would not provide protection. However, a “seed vaccine” has been specifically tailored to this swine flu and will be manufactured if officials deem it necessary.
Can people catch A (H1N1) flu by eating pork?
No. The A (H1N1) influenza viruses are not transmitted by food. Eating properly handled and cooked pork and pork products is safe. Cooking pork to an internal temperature of 70ÂșC and above kills the swine flu virus.

How long is someone with the A (H1N1) flu considered contagious?
People with the A (H1N1) influenza virus infection should be considered potentially contagious as long as they are symptomatic; possibly for up to seven days following the onset of the illness. Children, especially younger children, might potentially be contagious for longer periods.
What can I do to protect myself from the A (H1N1) flu?
There is no vaccine available right now to protect against the A (H1N1) flu.
However, you can help prevent the spread of germs that cause respiratory illnesses like influenza by:
- Covering your nose and mouth with a disposable tissue or handkerchief when you cough or sneeze. Throw the tissue in the waste basket after you use it.
- Wash your hands often with soap and water, especially after you cough or sneeze. Alcohol-based hand cleaners are also helpful
- Try to avoid close contact with sick people. - If you get sick with influenza, stay at home and limit contact with others to keep from infecting them.
- Avoid touching your eyes, nose or mouth.
- Consult your nearest healthcare facility if you think you have any of the symptoms.
What precautions are in place in Malaysia?
- The Health Ministry’s operations room in Putrajaya has started a 24-hour monitoring of the situation. The public can call 03-8881 0200/300 for enquiries.
- Those returning from Latin American countries and found to have flu-like symptoms will be quarantined.
- Health Ministry officials are conducting health screenings on passengers arriving from the United States.
- Thermal scanners will be placed at international airports to speed up the screening process for A (H1N1) flu.
- Public and private medical practitioners have been instructed to report to the district health office any patient with influenza-like illnesses or severe pneumonia symptoms and who had travelled to the affected countries after April 17.
- Travel Advisory from the foreign ministry
Where can I get more information?
For more information, go to the Health Ministry (www.moh.gov.my) or call the Ministry's hotline at (03) 8881-0200/300.
Useful Links:Ministry of Foreign Affairs: http://www.kln.gov.my/ World Health Organization: www.who.int Centers for Disease Control and Prevention: www.cdc.gov Homeland Security Department: www.dhs.gov WHO A (H1N1) flu page: http://www.who.int/csr/disease/swineflu/en/index.html






p/s: becareful..h1n1 is really dangerous,,please see doctor immedietly if you had a flu..

Siapa lebih gila?

Oleh JESSABELL SOOjessabell@kosmo.com.my

Sepanjang hayatnya, Michael Jackson bukan setakat mahu menjadi penyanyi terkenal atau popular. Sebaliknya impian sebenarnya adalah mahu setanding dengan populariti kumpulan The Beatles. Dia juga mahu diiktiraf sebagai Raja Muzik dan mengalahkan artis sepanjang zaman, Elvis Presley.
Tidak kira semasa hidup atau mati, Michael masih dibandingkan dengan Elvis. Sedar atau tidak, Michael akhirnya berjaya menyamai Elvis dari sudut baik dan buruk. Mencipta revolusi muzik dan fenomena pada era masing-masing, kedua-dua bintang itu turut meninggal dunia dalam keadaan tragis pada usia yang muda.
Kematian Michael pada usia 50 tahun tidak menghairankan tetapi mengejutkan dunia. Hanya selepas 32 tahun kematian Elvis, seorang lagi 'raja' meninggal dunia. Dipisahkan oleh generasi berbeza, mereka memiliki banyak persamaan.
Seorang merupakan Raja Pop dan seorang pula Raja Rock n Roll. Kedua-duanya memberi impak mendalam terhadap industri muzik global, bergelut dengan imej sendiri, kegagalan hubungan cinta serta masalah kesihatan. Berbakat pada tahap tiada tandingan, mereka juga dilabelkan sebagai genius seni 'gila'.
Elvis yang meninggal dunia pada usia 42 tahun menguasai era muzik tahun 1950-an dan Michael menjajah era 80-an. Elvis mengejutkan khalayak dengan tarian pinggulnya dan Michael memukau dengan gerak tarinya yang dipanggil, Moonwalk. Apabila Elvis meninggal pada tahun 1977, Michael memulakan penjajahan dan dia kemudian menukar populariti genre Elvis sepenuhnya.
Michael telah membuka sempadan muzik tanpa mengira kaum terutama warna kulit. Malah mengikut penyelidikan ramai, muzik Michael sebenarnya telah mengatasi empayar yang dibina Elvis. Jika diikutkan sejak kematian Elvis, belum ada lagi kematian legenda muzik yang berjaya menyentuh hati peminat muzik seluruh dunia sehingga hari ini.
Bekas isteri Michael yang juga merupakan anak tunggal Elvis, Lisa Marie Presley memberitahu pada Jumaat lalu bahawa bintang pop itu merupakan seorang yang memiliki jiwa yang terseksa.
TIDAK kira hidup atau mati, Michael dan Elvis sering dijadikan perbandingan antara satu sama lain.
Apa yang mengejutkan, menurut Lisa juga, Michael pernah meramalkan hayatnya akan mempunyai kesudahan seperti Elvis.
Menulis dalam blog laman sosial, MySpace, Lisa menyatakan hubungannya dengan Michael bukan dirancang seperti yang dihebohkan media, tetapi mereka berpisah kerana dia tidak dapat menyelamatkan Michael daripada perangai yang memusnahkan diri sendiri.
Malah, Lisa dan Michael pernah bercerita mengenai kematian Elvis dan Lisa terkejut dengan reaksi Michael.
"Pada suatu ketika, Michael terhenti dan memandang tajam ke arah saya. Dia kemudian memberitahu, 'Saya takut saya akan menerima kesudahan seperti dia (Elvis)'."
Lisa juga menulis bahawa dia cuba untuk menghalang Michael daripada berfikir sedemikian tetapi lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya seperti sudah mengetahui apa yang akan berlaku dan tidak mahu dipujuk.
"Menyaksikan berita yang memaparkan senario yang sama berlaku pada 16 Ogos, 1977 dan kini bertukar fokus kepada Michael (satu pandangan yang saya tidak mahu lihat sekali lagi) seperti mana diramalkan oleh dia," ujar Lisa.
Persamaan Michael, Elvis
Elvis memasuki dunia nyanyian lebih lambat berbanding Michael yang memulakan karier sejak kecil. Populariti di seluruh dunia telah menyekat mereka berdua daripada menjalani hidup normal.
MICHAEL pernah bergelar menantu Elvis.
Dituduh melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak pada tahun 1993, Michael sejak itu menimbulkan perasaan benci dan meluat orang ramai terhadapnya. Dia dianggap manusia pelik dan psiko. Sementara itu, Elvis pula dipuja sebagai insan ternama dunia.
Michael diakui telah memusnahkan dirinya sendiri dan 'mungkin' pernah melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak (tetapi telah disabitkan tidak bersalah di mahkamah) dan menghayun anak ketiganya di balkoni.
Namun, Elvis sebenarnya turut mengharungi hidup yang 'gelap' seperti Michael. Tetapi mengapa Elvis tidak dipanggil gila atau begitu dibenci? Mungkin ketika era kegemilangan Elvis, media elektronik belum lagi berkembang pesat. Maka, ramai sebenarnya tidak mengetahui kisah-kisah hodoh Elvis.
Michael pula hidup dalam dunia siber yang sering kali menokok tambah kebenaran sesebuah cerita. Elvis sebenarnya juga dikatakan pernah melakukan penderaan seks terhadap kanak-kanak. Dalam satu laporan media, Elvis dikatakan meniduri bekas isterinya, Priscilla ketika wanita itu berusia 14 tahun. Bukankah itu juga satu kesalahan untuk mengadakan hubungan dengan gadis bawah umur?
Walaupun selepas itu, Priscilla menegaskan bahawa dia dan Elvis hanya tidur bersama selepas berusia 18 tahun, kebenaran hanya diketahui mereka berdua. Elvis yang sentiasa khayal dengan dadah juga dilihat membahayakan diri dan pernah dikatakan cuba untuk membunuh bekas isterinya itu selain membahayakan Lisa.
Elvis juga obses terhadap gadis yang masih memiliki dara dan mempunyai minat melampau terhadap wanita yang telah melahirkan anak. Bukankah itu juga satu sikap tidak normal? Michael ada melakukan pembedahan plastik yang telah merosakkan wajahnya. Elvis juga pernah menjalankan proses penegangan kulit muka. Tiada bezanya.
LISA (ketika kecil) bersama Elvis dan ibunya, Priscilla.
Mungkin disebabkan Elvis telah lama meninggal maka semua orang mula lupa akan insiden buruk yang berlaku sepanjang hidupnya. Maka, diharap 'keburukan' Michael turut sama berkubur saat dia meninggal dan semua kejayaan akan terus menyinar.
"Ia sangat pelik. Michael pernah mengahwini anak perempuan Elvis," kata pengkritik muzik, Greil Marcus yang menulis tentang Elvis dalam bukunya, Mystery Train.
Mungkin disebabkan mahu 'meningkatkan' lagi taraf populariti dirinya, Michael berkahwin anak perempuan Elvis, Lisa. Dia juga membeli hak cipta untuk beberapa buah lagu Elvis.
Elvis memiliki Graceland, yang menjadi simbol kepadanya sepanjang hayatnya. Michael memiliki Neverland, satu taman tema fantasi serta kediaman yang dibinanya dengan harapan dia hidup dalam dunia sendiri.
Michael tidak suka Elvis
Dalam memoir berjudul, Moon Walk yang diterbitkan pada tahun 1988, Michael menegaskan bahawa Elvis tidak penting dalam hidupnya terutama semasa dia sedang membesar. Malah, dia tidak gembira apabila mengetahui lagunya yang dirakamkan bersama empat orang abangnya, Heartbreak Hotel berkongsi judul sama dengan lagu popular Elvis.
"Saya bersumpah lirik-lirik itu datang secara natural dan semasa saya menulisnya, saya tidak memikirkan lagu lain. Maka, syarikat rakaman saya mencetaknya sebagai This Place Hotel kerana Elvis. Tidak kira betapa pentingnya nilai dia terhadap muzik tidak kira kulit putih atau hitam, dia (Elvis) tidak memberi sebarang pengaruh kepada saya.
"Semasa saya mula popular, ramai yang berpendapat bahawa saya akan menerima nasib sepertinya. Tapi saya rasa dia melalui hidup yang berbeza dengan saya. Tapi cara Elvis memusnahkan dirinya menarik perhatian saya kerana saya tidak mahu melalui fasa hidup yang sama," kata Michael.
Apa yang tertulis dalam memoir itu akhirnya menjadi kenyataan apabila Michael turut mati dengan tragis yang banyak faktornya dikira akibat perbuatan sendiri (walaupun laporan perubatan sah belum dikeluarkan).
Kaya selepas mati
Kedua-dua Elvis dan Michael turut mempunyai masalah kewangan. Namun, masalah itu lebih menghantui Michael yang dikelilingi hutang. Berbelanja secara mewah walaupun sudah lebih sedekad tidak aktif, gaya hidup Michael itu yang menjadi punca dia terpaksa menjual Neverland.
Sama seperti Michael, Elvis juga tidak muncul dengan album baru untuk beberapa tahun sebelum dia meninggal. Hanya bergantung kepada duit royaliti dan membuat persembahan di Las Vegas, kematiannya telah menjana keuntungan yang menimbulkan fenomena.
Estet Elvis yang dianggarkan bernilai AS$4.9 juta (RM17.15 juta) ketika dia meninggal. Pada tahun 2005, sebuah syarikat yang dikendalikan oleh Robert F.X. Sillerman telah membayar AS$100 juta (RM350 juta) untuk mendapatkan 85 peratus daripada estet di Graceland dengan hak milik sepanjang 90 tahun sahaja. Kesemua harta Elvis diwarisi oleh Lisa.
MICHAEL sering memukau khalayak dengan gerak tarinya yang luar biasa.
Dijangkakan estet Michael mungkin bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.5 bilion). Selain itu, Michael memiliki separuh daripada aset Sony/ATV Music Publishing, barangan kemas bernilai AS$2 bilion (RM7 bilion), 750,000 katalog lagu termasuk lagu The Beatles, Bob Dylan, Neil Diamond, Lady Gaga dan Jonas Brothers.
"Michael mungkin sudah 'menyembunyikan' sedikit daripada hartanya untuk masa depan ketiga-tiga orang anaknya, Michael Joseph Jackson Jr. (Prince Michael), 12 Paris Michael Katherine Jackson, 11 dan Prince Michael II, 7," kata satu sumber.
Sementara itu, kematian Michael telah meningkatkan jualan lagu terutama jumlah muat turun. Senario yang sama juga berlaku ketika kematian Elvis. Pada tahun 2007, barangan yang menggunakan Elvis sebagai jenama telah menjana keuntungan sebanyak AS$52 juta (RM182 juta) mengalahkan keuntungan yang dibuat Justin Timberlake dan Madonna.
Justeru, pewaris Michael juga boleh meneroka cara membuat keuntungan seperti Elvis dengan menghasilkan kemeja-T, album kompilasi lagu-lagu yang belum diterbitkan (dilaporkan Michael mempunyai lebih 100 lagu yang belum diterbitkan) atau menjalankan pementasan berdasarkan lagu-lagunya.
GAYA dan penampilan hebat Elvis sebelum dilanda masalah obesiti.
Berdasarkan fenomena yang dicipta kedua-dua ikon muzik itu, maka tidak hairan jika media terutama menerusi medium komputer telah membicarakan satu tajuk sama iaitu perbandingan antara dua bintang tersohor itu. Siapa lebih hebat? Itu menjadi topik perbincangan mereka.
Namun, perlukah Michael dan Elvis dijadikan perbandingan? Elvis meninggal lapan tahun lebih awal berbanding usia Michael. Tetapi mereka berduanya sebenarnya sudah lama 'mati' dari segi jiwa dan artistik. Moralnya, semakin anda berjaya dan menikmatinya, lebih banyak godaan yang anda tidak dapat tolak.
Bagi kedua-dua bintang itu, ia bukan sahaja mengenai dadah. Tekanan, populariti, kemasyhuran dan obsesi tidak dinafikan telah memusnahkan hidup kedua-dua bintang terunggul dunia. Namun, rasanya kematian telah menjadikan mereka berdua lebih megah berbanding hayat mereka.

Ibu bapa beriman lebih mudah bentuk akhlak anak

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh

Kejayaan pengurusan rumah tangga bergantung disiplin, peribadi ketua keluarga DUNIA tanpa sempadan menuntut komitmen yang luar biasa terhadap kehidupan. Jika dulu, tugas ibu cukup dengan mengawasi anak di depan mata, tahu di mana tidurnya, bagaimana makannya, elokkah pakaiannya dan siapa temannya. Tetapi hari ini, ada satu dunia lain yang dihuni oleh anak tanpa disedari si ibu. Inilah dikatakan 'alam maya', sekecil-kecil anak pun tahu merentasinya tanpa berbekalkan wang sesen pun, cukup dengan jari jemari yang tahu menari. Sama ada alam maya menjadikan anak orang yang lebih berilmu atau sebaliknya bergantung kepada kesediaan si ibu mencari ilmu menghadapi tanggungjawab memimpin rumah tangga dalam dunia serba mencabar kini.
Semua ibu pasti merasakan tanggungjawab membesarkan anak jauh lebih sukar daripada men- cari rezeki, makan dan pakai buat mereka. Apatah lagi seorang ibu yang turut berkerja dan dalam masa yang sama membimbing cahaya mata yang dianugerahkan Ilahi.
Sudah pastilah masa yang diperuntukkan berganda banyaknya, tenaga diperah tidak terhingga, tetapi semuanya kerana tanggungjawab yang perlu dilaksana, jadi ibu yang mulia tidak akan terasa penat dan lelahnya apabila melihat anak-anak semuanya berjaya. Setiap ibu sedar dan mengerti suruhan agama, tahu tanggungjawab sedang dipikul dan kesan buruknya jika ia tidak ditunaikan untuk memastikan amanah Allah yang lahir dari rahimnya memulakan kehidupan di dunia dengan baik dan berakhir dengan baik. Bahkan anak-anak lahir daripada benih seorang bapa dan ibu yang bertakwa serta takutkan Allah yang berjaya dididik mengikut landasan agama akan menyelamatkan ibu bapanya daripada api neraka hanya dengan doa mereka. Sudah tentulah setiap ibu ingin menyelamatkan anak-anak daripada api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu. Tiada ibu yang tergamak menjadikan anaknya arang membara membakar manusia, tetapi hasrat dan nekad itu tidak akan menjadi jaminan tanpa usaha membimbing mereka mentaati suruhan Allah serta menjauhi larangan-Nya.
Allah berfirman yang bermaksud: "Hai orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu." (Surah At-Tahrim, ayat 6) Jika seorang ayah adalah pemimpin bagi sebuah keluarga, ibu pula pemimpin kepada rumah tangga. Rumah tangga adalah satu naungan yang di dalamnya ada satu ikatan antara dua hati berkasih sayang kerana Allah, menjadi tempat perlindungan, musyawarah, saling mengasihani dan berbudi. Jika ayah menjadi ketua yang wajib dihormati, dipatuhi dan mengetuai segala urusan membabitkan ahli rumah tangga, si ibu pula memimpin sistem di dalamnya untuk memastikan ahli taat dan setia kepada pemimpin keluarga. Tidak semudah berjanji, memimpin rumah tangga memerlukan daya tahan yang tinggi, teguh berdiri di belakang ketua keluarga yang bertanggungjawab atas segala tindak tanduk ahlinya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan diminta pertanggungjawabannya. Seorang imam adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya, dan ia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang isteri adalah pemimpin pada rumah tangga suaminya dan ia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang pembantu adalah pemimpin pada harta tuannya dan ia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya." Menyelak sedikit kisah akhlak sahabat Rasulullah SAW seperti Zubair bin Awwam yang diasuh ibunya Shafiyah binti Abdul Muthalib dengan akhlak mulia dan sifat dermawan tinggi, dapatlah diketahui hasil diperoleh seorang ibu yang tidak jemu membimbing anaknya dengan akhlak Islami. Juga anak Zubair, iaitu Abdullah, Al-Munzir dan Urwah yang semuanya memiliki kedudukan yang terpuji kerana asuhan ibunda tercinta, Asma' binti Abu Bakar. Ali bin Abi Talib mewarisi keluhuran akhlak ibunya Fatimah binti Asad yang sentiasa berhikmah dalam tindak tanduknya. Abdullah bin Jaafar lahir sebagai seorang yang sangat dermawan hasil daripada tarbiah ibunya Asma' binti Umais, yang juga tokoh wanita Islam sangat luhur akhlaknya, sama ada semasa berdepan dengan musuh atau sahabatnya. Muawiyah bin Abi Sufyan pula dibimbing menjadi seorang bijak dan mempunyai peribadi baik seperti ibunya, Hindun binti Utbah, tidak seperti ayahnya. Ciri sama juga ada pada saudara Muawiyah, Ziyad bin Abi Sufyan yang tersohor kerana ketajaman akalnya. Abdul Malik bin Marwan dididik ibunya Aisyah binti Al-Mughirah menjadi seorang lelaki yang pintar dan tegas, sementara Umar bin Abdul Aziz dibimbing ibunya Ummu 'Ashim binti 'Ashim yang tersohor kerana kebaikan dan kesalihannya. Setiap ibu yang berjaya menjadikan anak mereka orang salih dan baik budi pekerti sudah tentulah bermula dengan cara dibentuk mengikut acuan agama. Ia seawal mendedahkan anak dengan kisah nabi dan sahabat Baginda SAW yang tidak terkira banyaknya. Moral kisah benar yang membuktikan keunggulan Islam, teladan akhlak dan ukhuwah akan menjadi pegangan anak yang dibentuk dengan didikan seorang ibu ikhlas, menjadikan anak itu bijak menilai baik serta buruk tanpa mampu dipengaruhi sesiapa. Ibu tidak perlu takut merotan anak yang melakukan kesalahan, ia patut bermula seawal usia mereka 10 tahun, apabila lalai mengerjakan solat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Perintahkanlah anakmu melaksanakan solat pada saat mereka berusia tujuh tahun dan pukullah mereka bila enggan mengerjakannya pada saat mereka berusia sepuluh tahun." (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud) Nabi tidak meminta anak dipukul sebelum usianya 10 tahun, walaupun mereka melanggar perintah Allah tetapi mereka perlu sentiasa dinasihat dan dibimbing supaya proses pembentukan akhlak yang mulia dengan Allah serta manusia lainnya dapat dilakukan dengan sempurna dan konsisten. Ibu yang tidak merotan anaknya kerana meninggalkan solat selepas usianya 10 tahun bakal mendepani anak tidak boleh ditegur jika melakukan kesalahan, tidak taat perintah Tuhan serta keliru antara suruhan dan larangan dalam agama.

Sabah&Sarawak: Media disaran buat laporan seimbang penularan virus H1N1

KUCHING: Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF) mahu media cetak dan elektronik di negeri ini lebih seimbang dalam melaporkan perkembangan terkini penularan virus Influenza A (H1N1) ke Sarawak supaya ia tidak menjejaskan kedatangan pelancong, untuk enam bulan kedua tahun ini. Presidennya, Wee Hong Seng, berkata laporan yang sengaja diperbesarkan akan menyebabkan kedatangan pelancong ke negeri ini terjejas, ekoran ramai pelancongan yang terpengaruh dengan laporan itu, yang takut untuk datang bercuti ke negeri ini. Beliau berkata, media di negeri ini sepatutnya melaporkan belum ada sebarang kes kematian dicatatkan di Sarawak walaupun empat kes sudah dikesan di negeri ini setakat ini.
Katanya, media cetak dan elektronik di Sarawak juga perlu memberi gambaran tepat bahawa penularan virus H1N1 di Sarawak tidak serius. "Larangan kepada semua pelajar Sarawak di luar negara, supaya tidak pulang bercuti ke negeri ini buat sementara waktu akan mempengaruhi keputusan pelancong untuk tidak datang ke negara ini. "Oleh itu, pengamal media di Sarawak perlu melihat kesan laporan yang ditulis dari beberapa sudut dalam penulisan dan penghasilan berita," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Wee berkata, media perlu menyebarkan maklumat mengenai kaedah untuk menangani penularan H1N1 yang disediakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Beliau berkata, sehingga kini, WHO belum ada mengeluarkan arahan sekatan untuk mengunjungi mana-mana negara. "Ia membuktikan laporan media dan arahan WHO tidak selari dan perlu diperbetul segera," katanya.

WILAYAH Timur: Lima kakitangan ditamatkan perkhidmatan

Oleh Nasuha Badrul Huzainibhnews@bharian.com.my
Pelbagai kesalahan, masalah disiplin dalam tempoh enam bulan KUANTAN: Lima kakitangan sokongan beberapa jabatan di sini ditamatkan perkhidmatan kerana terbabit dengan pelbagai kesalahan dan masalah disiplin dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Safian Ismail. Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, 14 kakitangan sokongan dikenakan tindakan sama kerana terbabit dalam rasuah, penyalahgunaan dadah dan ponteng kerja.
Katanya, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dan bertolak ansur mengenai perkara itu, sebaliknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka. "Kita memandang serius perkara ini dan tiada peluang kedua diberikan kepada mereka kerana kesalahan dilakukan menjatuhkan imej serta menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan awam disediakan kerajaan negeri," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis perhimpunan Pemantapan Modal Insan anjuran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, kelmarin.
Pada majlis sama, Muhammad Safian turut melancarkan pelaksanaan amalan persekitaran berkualiti 5S (sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal) kepada warga kerja SUK. Beliau berkata, pelaksanaan amalan itu bertujuan mewujudkan suasana kerja yang kondusif, menerap budaya kerja yang lebih berkualiti serta menjadikan pejabat SUK sebagai antara organisasi yang memiliki pengurusan kerja yang terbaik. Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga sedang merancang melaksanakan Indeks Petunjuk Utama (KPI), meningkatkan sijil pengurusan kualiti ISO bagi mencapai kualiti perkhidmatan, serta melaksanakan sistem penarafan bintang kepada warga kerjanya. "Kita ada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) bagi menilai prestasi kakitangan di pejabat SUK," katanya.
Terdahulu, beliau menyampaikan Anugerah Pencapaian Cemerlang kepada 44 kakitangan berdasarkan kecemerlangan prestasi kerja yang ditunjukkan sepanjang tahun lalu.

Diana Ross turut dinamakan dalam wasiat Jacko

LOS ANGELES: Kejutan berlaku apabila Michael Jackson bukan saja menamakan ibunya sebagai penjaga anak-anaknya dalam surat wasiat malah penyanyi legenda, Diana Ross sebagai penama kedua. Perkara itu terdedah selepas surat wasiat lima muka surat yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles, dikemukakan di mahkamah semalam. Ia juga menyebut pembahagian harta untuk Ross, 50, perlu ditinggalkan dalam Amanah Keluarga Michael Jackson.
Surat wasiat itu didaftarkan pada 2002 juga menyebut nilai harta Michael berjumlah lebih AS500 juta tetapi tidak jelas bagaimana angka penilaian itu dibuat. Michael bagaimanapun dipercayai berdepan dengan masalah hutang yang bertimbun menjelang kematiannya. Dalam surat wasiat itu, ibu Michael, Katherine Jackson dinamakan sebagai penjaga tiga anaknya manakala Ross, 65 dinamakan sebagai pengganti Katherine sekiranya emaknya meninggal dunia terlebih dulu.
Tiga rakan rapat Michael, peguam John Branca, eksekutif muzik, John McClain dan akauntan Barry Siegel — dinamakan sebagai pelaksana bersama wasiat itu. Bagaimanapun, bapanya, Joe tidak langsung disebut dalam wasiat serta nama bekas isterinya, Debbie Rowe. “Saya secara sengaja tidak memasukkan apa-apa hak untuk bekas isteri saya, Deborah Jean Rowe Jackson dalam wasiat ini,” kata Michael dalam wasiat bertarikh 7 Julai 2002 itu. “Jika saya meninggal, hak penjagaan anak-anak saya diserahkan kepada emak saya, Katherine Jackson, Jika Katherine Jackson gagal atau tidak mahu menerima tanggungjawab itu, saya menamakan Diana Ross sebagai penjaga," katanya.
Isnin lalu, mahkamah membuat keputusan Katherine sebagai penjaga sementara tiga anak Michael - Prince Michael, 12, Paris, 11, dan Prince Michael II, 7. - AFP

news : Two UM students charged

Kuala Lumpur: Two University Malaya first year students pleaded not guilty at the Sessions Court here Tuesday to two counts of attempting to commit mischief and trespassing the Islamic Studies Academy Faculty last week.
Mohamad Izzuddin Hilmi, 21, and Muhammad Syahrul Denn Ahmad Rosli, 21, who were students of the faculty, were charged with committing the offences with three others still at large at about 4am on June 24.
Deputy Public Prosecutor Mazlan Jamaluddin recommended RM10,000 bail on each accused but defence lawyer Mohamad Arfizi Mohd Ramli said:
"Their families didn't know what charges were to be laid and a high amount of bail will be a burden to them since they also have to support other children."
Judge Rosbiahanim Arifin fixed the bail at RM5,000 with one surety each and July 13 for remention.- Bernama

news:Telco tower is for cellular coverage : 1 july 09

Kota Kinabalu: The construction of the telecommunication tower near Taman Tanaki in Penampang is part of a nationwide cellular coverage improvement programme carried out with the State Government's blessing through a fast track approval procedure.
The project is subject to compliance with all technical requirements, said Common Tower Technologies Sdn Bhd (CTTSB) Chief Executive Officer, Datuk Haji Rahman Ghani.
CTTSB is a subsidiary jointly owned by Warisan Harta Sabah Sdn Bhd, a wholly-owned investment holding company of the State Government and KKIPC Sdn Bhd.
The construction of the tower is under a programme referred to as TIME 2 Project initiated by the Federal Government through the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) with full support from the State Government under the Private Funding Initiative (PFI).
In accordance with the Federal Government's directive, the State Government had in 2005 appointed CTTSB to construct, own and lease telecommunication towers to the three major cellular companies (Celcos).
The TIME 2 Project aims to promote common use of facility and infrastructure by the telecommunication companies and concurrently assist them to provide and expand cellular telecommunication coverage to areas with high population, along major roads, tourist destinations and industries.
In this respect, Rahman said the management of CTTSB had also submitted the relevant plans and technical approvals to the local authority for approval through the One-Stop Agency for Sabah on May 7 this year.
The submission of technical documents was made after ensuring compliance and obtaining the necessary approvals from various technical agencies following the guideline issued by the Local Government and Housing Ministry on Feb 8, 2006 to facilitate the TIME 2 Project in Sabah.
"CTTSB wishes to emphasise to all parties concerned that such towers are temporary structures only and shall be dismantled when no longer required by the Celcos," he said.
He said issues raised by the residents of the housing estates as published in the Daily Express report on June 25 had been explained during a dialogue on June 19 in the presence of Moyog Assemblyman, Donald Mojuntin, Penampang District Officer, District Council personnel together with CTTSB.
On the concerns of Radio Frequency (RF) radiation raised by the residents, he said the MCMC had explained and re-assured them that any ill-effects claims are baseless due to the non-harmful nature of the RF radiation.
On the issue of safety, Rahman said the structural design by qualified Civil and Structural Engineers and integrity of towers built under the TIME 2 Project were of heavy duty specifications as agreed by the Celcos and CTTSB.
"In order to ensure highest quality, towers can only be sourced from several reputable tower fabricators nationwide, which were approved following a pre-qualification process by Celcos. The approved tower fabricators are also required to provide warranty for their product," he said.
As for the minimum distance of the structure to the nearest residential building, MCMC had certified that this had been met in compliance with the guidelines issued by the Housing and Local Government Ministry 2002.
Specified towers exceeding 45m tall must be situated 30m away from the nearest residential building.
Rahman said based on the State Government's commitment and directive to all relevant authorities to ensure the speedy and successful implementation of the TIME 2 Project for the benefit of the people and Celcos in Sabah.
"CTTSB, being a state-backed company wishes to express its gratitude to all State and Federal Government agencies and departments in Sabah that has given their full co-operation and support in order to ensure the project is implemented smoothly," he said.
It was reported that the residents were dismayed when seeing the tower being built near their houses.

news:daily express:Mangrove tree bark theft: 19 illegals get jail :1 july 09

Kota Kinabalu: Nineteen foreigners were jailed 10 months by the court last month for having 177 bundles of a mangrove tree bark known locally as tangar, believed harvested illegally.
They were among 20 people arrested by the Marine Operations Force in an operation dubbed Ops Octopus off Tanjung Semangant in Beluran on May 24.
The marine unit led by Sgt Suhaimi Abdul Halim came across the suspects' vessel and after an inspection found the mangrove barks, believed felled from the coastal mangrove forest reserves nearby, at about 2pm.
In a statement here, Tuesday, Sabah Forestry Department Director Datuk Sam Mannan said the barks, weighing about 18 tonnes, would be worth about RM70,800 if sold in a neighbouring country.
"(The bark) was subsequently seized and the 20 men onboard the vessel arrested under the Forest Enactment 1968. Of the 20, 19 had no identification documents," he said.
On June 2, the 19 pleaded guilty to a charge under Section 30(1)(g) of the Forest Enactment 1968 for illegal possession of forest produce. The prosecution was represented by Forestry Department Prosecution Officer, Peter Maurice Lidadun.
"One of the accused in possession of identification papers, pleaded not guilty and the Magistrate's Court fixed Aug 3 for the date of trial."
Mannan said the case was a culmination of several other operations successfully conducted by the Marine Operations Force with the Forestry Department over the last two years to combat illegal bark stripping.
"This has resulted in the arrest and successful prosecution of 40 people over the last two years, including this recent case, and the seizure of 912 bundles of tangar, three vessels, three chainsaws, 23 small boats and engines, and various contraptions used for extracting tangar bark."
Once the bark is stripped, the mangrove trees would die and along with it a whole ecosystem that is full of biodiversity.
Coupled with the close proximity of international waters, the isolated northern mangrove forests of the Pitas coastline made it easier for illegal mangrove bark hunters to penetrate and escape, Mannan said, adding security was also a concern for enforcement officers.
"The Forestry Department has relied heavily on the assistance of the marine police particularly in joint operations."
He added the department will continue with its surveillance by sea, land and by air in particular, to monitor the situation and mount periodic anti-poaching operations in this northern region.
For the record, 1,235 people have been arrested for various forest offences between 2002 and 2008, and 90 so far this year.

Buat rakan-rakan sekalian

saya doakan supaya kta smua tidak putus hubungan(lost kontak),harap2 kita akan berusaha untuk mencapai cita2 kita semua...janganlah cepat berpuas hati dengan apa yg kta dpt skrg..so we must improve ourselfs..from now until forever..bah..pandi2 ja ni..hehehe,sya pun bingung2 lg bh psl blog2 ni..tidak la sya tau btl//hohohoho...jadi my plan is,,hust type what i want,,kan...di samping 2 sya akn post jg news2 ..okk..rauf,,sy harap 1 hari nanti ko dtg la blik di sbh,hangout kta ramai2..
buat rkn2 lama(sk pkan2,smk mat salleh) sya tdk pernah lupakan kmu..huhuh..sya doakan kta dpt buat reunion..msti meriah dan terlampau happening 2..hahah
ok slamt blajar bt kwn2 smua...I LOVE YOU ALL..kalo da masa tu kontak ja sya..insyaAllah akn sya membalas msj atau panggilan kmu 2..okay...









p/s: walaupun da jg peristiwa sedih melanda sya..sya mo kmu steady..beehh..emosi2 nii..hahahha..sja2

huuuuuuuu...TERTEKANNNNNNNNNNNNNN

em..besok mula sdh pendaftaran,next week mula da kuliah..waaaa...saya rasa tertekan betul oh sekarang nii..tidak tenang,,,tidak rasa execited lagiii..i hate when i had this kind of feeling..betul2 rasa ni tekanan(cam saya kena serang ja sya rsa nii)..macam saya rasa mo berteriak ja sepanjang masa..aduiiii..tolong la...sudah saya dapat tau yang ada pensyarah sya(harap2 bkn dia la)akn mengajar kmi dgn cra yg berbeza dan bt sy gerun and terlalu takut..uhuhuh...ct Z,bgtau sy,yg dia ni lain sikit..waaa..entah cam mana la sya ni nti di sna..huhhu..sy rasa takut juga ni,,emmmm,,aduiii..nanti berkawad lagi..waaa...time posa tu..harap2 saya bertahan juga sdi sana sepanjang 1 semester(6bulan)..huhuhu..memang akan byk perkara yg terjadi ni...
eheheheh...macam peramal pl...oh ya...tadi si jerry stelefon sya..bertnya tentang borang dan pa yg ptt di bwa time register...bh..entah pa2 sdh sya mencarut ni nti..so bgs sy stop...ehhh...tad pagi c lem and justin sdh berangkat pi samarahan sarawak...i'll pray 4 my friend...andu gia dorg di sana,,,i'll miss them so much...huhuhuhu...ok la..mau pigi mandi la dlu ni kalo cam ni...
salam ari khamis...
2 julai 09...
peace
from me...

lirik lagu :egokah aku


Ku… tak pernah merasa Gundah di hatiku, Ketika denganmu Saat kau, Kau belai rambutku Kau temani aku, Kau basuh lukaku
Kini semua berlalu Karena engkau tak memilihku
Salahkah aku mencintaimu Walau kutahu kutak dihatimu Egokah aku memilikimu Walau kutahu kau tak memilihku Kuharap tuhan cabut nyawamu Agar tak ada yang milikimu
Sadarkah kini ku tak rela Iman ku telah sirnaMimpiku tak nyata
Kini semua karna engkau tak memilihku
Salahkah aku mencintaimu Walau kutahu kutak dihatimu Egokah aku memilikimu Walau kutahu kau tak memilihku Kuharap tuhan cabut nyawamu Agar tak ada yang milikimu Kuharap tuhan cabut nyawamu Agar tak ada yang milikimu