Rabu, 1 Julai 2009

Amnesty tuduh Israel penjenayah perang di Gaza

02/07/2009 9:27am

JERUSALEM 2 Julai - Tentera Israel telah membunuh beratus-ratus orang awam Palestin dan memusnahkan beribu-ribu kediaman di semenanjung Gaza dalam serangan yang dikira sebagai jenayah perang, dakwa Amnesty International hari ini, iaitu kumpulan hak asasi manusia pertama yang melaporkan keadaan perang di Gaza baru-baru ini.
Amnesty mendesak Israel supaya mengisytiharkan jaminan tidak akan membedil, menggunakan fosforus putih dan lain-lain senjata tidak sesuai dalam usaha memperluaskan wilayah penduduknya dan pada masa yang sama menggesa Hamas menghentikan serangan roket ke atas penduduk awam Israel.
Kumpulan hak asasi itu -- yang pertama kali melabelkan Israel sebagai penjenayah perang sejurus selepas serangan tamat pada 18 Januari -- berkata, apa yang menjadi persoalan ialah kenapa senjata berkuasa tinggi seperti kereta kebal dan serangan udara digunakan yang telah mengorbankan ramai kanak-kanak dan orang awam lain. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan